Bar espreso dan budaya kopi moden Kedai_kopi

Kedai kopi di Amerika Syarikat selalunya menjual kuih-muih dan makanan lain

Bar espreso ialah sejenis kedai kopi yang khusus menjual minuman berasaskan kopi espreso. bar espreso berasal dari Itali dan tersebar di seluruh dunia dalam pelbagai bentuk. Contoh-contoh utama rangkain kedai kopi jenis ini ialah Starbucks (AS) dan Costa Coffee (UK) (rangkaian bar espreso terbesar dan kedua terbesar di dunia).

Bar espreso secara tipikalnya tertumpu sekitar kaunter panjang yang dilengkapi mesin espreso dan bekas di mana terdapat pastri da juga makanan seperti sandwic. Di dalam bar espreso tradisional di Itali, pelanggan biasanya memesan dan menikmati minuman di bar; bayaran tambahan dikenakan sekiranya mereka lebih suka duduk di meja makan dan dilayan. Di beberapa bar, minuman yang dihidangkan di kawasan di luar bar dikenakan bayaran tambahan; akan tetapi di bar-bar lain pula, meja disediakan percuma.

Secara amnya, sebelum tahun 1990-an, kedai kopi tulen tidak ditemui di bandar-bandar utama Amerika selain yang terdapat berdekatan kampus-kampus universiti.

Kedai kopi di Amerika Syarikat muncul daripada kedai-kedai kopi kendalian pendatang Itali yang menjual espreso dan kuih-muih di bandar-bandar seperti New York, Boston, dan San Francisco. Semenjak lewat tahun 1950-an kedai kopi menjadi tempat hiburan di mana penyanyi lagu tradisional Amerika berkumpul dan mendendangkan lagu. Kedai kopi juga digunakan oleh pendakyah Kristian untuk menyebarkan agama tersebut.[19]

Rangkaian kedai kopi Starbucks kemudian menyeragamkan model bar espreso dan budaya kedai kopi ini menular ke seluruh dunia melalui rangkai kedai kopi antarabangsa seperti Starbucks dan Costa Coffee. Satu daripada kegunaan asal kedai kopi, yakni sebagai tempat pertukaran maklumat dan komunikasi, kembali muncul di kedai kopi pada tahun 1990-an dengan kewujudan Kafe Internet.[20] Penyebaran kedai kopi moden seiring dengan perkembangan pengkomputan dan kedai kopi espreso kini kelihatan lebih muda, moden dan berpandangan ke hadapan berbanding kedai kopi tradisional.

Rujukan

WikiPedia: Kedai_kopi http://othes.univie.ac.at/2016/ http://othes.univie.ac.at/2016/1/2008-10-20_700222... http://investorshub.advfn.com/boards/board.aspx?bo... http://books.google.com/books?id=1qctAQAAIAAJ%7Cac... http://books.google.com/books?id=7FQRrbUMojcC&pg=P... http://books.google.com/books?id=Ikb8zMXSViMC&pg=P... http://humboldtcoffee.com/History.htm http://masstraveljournal.com/page/quick-facts/amer... http://www.nestleprofessional.com/uk/en/SiteArticl... http://www.oxforddnb.com/view/article/92862